Sunday, 25 March 2012

berfkir sebelum bertindak

'nasi sudah menjadi bubur'

bergitulah keadaan bagi mereka yang telah melakukan kesilapan akibat daripada keterlepasan menggunakan akal ketika melakukan keputusan . tatkala itulah diri ini akan menyesal tidak berkesudahan . menangis air mata darah sekali pun tidak akan dapat memutar kembali masa .

disini ana hendak menyentuh soal 'nasi sudah menjadi bubur' bagi mereka yang sudah berkahwin dan yang sedang bercinta . bukan hendak melayan perasaan mahupun menjadi seorang 'mat jiwang' tetapi ana hendak menyedarkan rakan-rakan ana yang ana lihat banyak melakukan perkara ini dalam situasi ini dan termasuklah diri ana .

hati tidak dapat dikongsi , perasaan juga tiada yang dapat memahami . istilah 'putus' . pasti menyakitkan ramai perasaan rakan-rakan ana diluar sana . siapa yang tidak sedih akan perkara ini . mengapa perkara ini berlaku ? jangan salahkan pasangan anda tetapi salahkan lah diri rakan sendri . perbuatan rakan-rakan mungkin menjadi penyebab pasangan rakan tidak tahan lagi bersama rakan . mungkin , dan mungkin juga kerana kesilapan diri kita sendri dimana apabila bergaduh dengan mudah kita mengeluarkan istilah 'putus' . sedarlah , penyesalan menjadi seorang 'pembuang' itu amat menyakitkan .

tatkala ini pasangan anda yang dahulunya menjadi tempat rakan-rakan untuk bercerita masalah dan berkongsi cerita sudah hilang , dan ini akan mnimbulkan rasa sunyi yang amat .

jangan bersedih wahai rakan-rakan kerana ini merupakan ujian kepada kita daripada allah , mungkin kita telah leka dibuai bayu-bayu cinta sehingga kita terlupa sebentar terhadap allah . berceritalah masalah kepada allah . mungkin , suatu hari kita akan dipertemukan kembali kepada insan yang pernah kita cintai . jika ada jodoh tidak akan kemana .

sekian,
assalamualaikum

No comments:

Post a Comment