Monday, 24 December 2012

Erti sebuah persahabatan

kebahagian di alam persekolah . gurau senda , gelak tawa . segala galanya hanya akan dirasai di alam persekolahan .

kini , saat yang dinanti nanti kan telah tiba . saat dimana last paper buat ku ! SPM tamat :D . tak senang duduk dalam dewan . mengira saat , menghitung waktu . terasa lambat masa berlalu . selalunya cepat . ikutkan hati nak je keluar dari dewan awal . tapi nanti orang cakap poyo lak . hihi . 

ade due faktor yang membuatkan aku cepat cepat nak keluar dari dewan ni nak capai beg terus pergi . first aku gaduh ngn mangkuk sekor tu kt sekolah . takdela teruk sangat pun gaduh tu tapi naik jugak lah hantu aku malam tu . nak cerite ke pasal mangkuk tu ? malas la . entry lain t aku cerite k ^.^ . k second factor adalah disebabkn aku nak cepat cepat bukak baju sekolah buat selama lama nya . hehe . aku ingatkan ianya merupakan bende yang seronok . yela kan . no more school after this . 

tapi aku silap . . first day aku habes spm . memang la seronok . naik second day , third day . rindu kt kawan kawan tu da mule menggedik da . mane tak nye . sepanjang sebulan keteorg duduk same same kt asrama tu , mcm mcm bende kteorg buat same same . kteorg da macam adik beradik . kami tak kan terpisah :')

keseronokkan kteorg terlampau seronok duduk asrama tu yang paling kteorg tk dpt nk lupekan. kteorg terpaksa survive disebabkan sekolah yang kedekut . takde makanan disediakan . tiap tiap malam kteorg keluar makan luar . jalan kaki dari sekolah ke parkson . bertapa jauhnya kteorg jalan . lapar punye pasal sanggup jalan kaki . buat pengetahuan korang sebenarnya form 5 lelaki tak smpai 20 org pun . tu yg seronok tu . 

warden ade tapi macam takde . tido lewat . tngok  movie same same kt asrama . bile ade game bola g tngok kt mamak . panjat pagar sekolah . main ronda ronda sekolah . ceroboh masuk tandas perempuan . hehe . jahat an kteorg . tp tu semue memori indah antra kteorg semue :') . paling best sekali bile time part terpikir bsok pagi nak breakfast ape :P hehe . tapi ikki telah menimbulkan konsep yang senang . TIDO DULU DA BANGUN BARU PIKIR NAK MAKAN APE . hehe . k bsok tu bangun kteorg makan biskut kering je . satu hari makan biskut kering . ikki nye konsep memang tak bergune . hehe . 

time ni la segala lubang lubang rahsie tau . semue da berpunye . aku sorang je yang single mingle :p . yela . aku ade suke kt org tu tp entahla . maybe die tak tau . 2 tahun aku suke die :p . ish ape ni . masuk cite lain lak . heh . tu posting lain . 

GRADUASI DAY , last program kteorg bersama . best sangat :D meje kteorg la paling meriah . meje aku , pejal , acap and jaa campur ngn meje cikgu cikgu . tapi meje ni la yang paling bising time makan . hehe . padahal majlis formal ni :P . jaa la . die yang mulekan mesin penyembur . boleh lak die tersembur makanan . die ckap aku kacau die -.- . tapi memang aku kacau pun . hehe . part paling tk leh bla time pokok kertas atas meje terbakar kene lilin . hahaha . seb bek takde sape perasaan . meje kteorg paling kecoh :P . 

yang aku agak tacing skit la part slide show gamba gmba kteorg . ya allah . hanya tuhan je tau bertapa aku akan merindui saat itu semue . time tu baru aku sedar . lepas ni kteorg mungkin da tak dapat bersama macam ni lagi da :'( . seriously aku sayang gile kawan kawan aku . bergaduh same same . gurau same same . gelak same same . kene kan org same same . main bola same same . dari aku tak reti main bola sampai aku reti main bola . 

huhu . ni yang nak nangis ni ... emm nk buat cmne kan dah itu memang lumrah alam . setiap pertemuan pasti ada perpisahan . :') . hanya kenangan diantara kita menjadi pengingat sejati buat kita bersama . aku sayang kawan kawan aku kerana allah swt . 

kami buddiez

they are part of my family

me and ainaa :)

share partner aku pejal

Sunday, 29 April 2012

kenapa malaysia begini ?

assalamualaikum .

disini ana hendak mengupas dan berkongsi mengenai mengapakah malaysia menjadi agak huru hara kebelakangan ini . bersih 3.0 ? 

mengapakah perkara ini berlaku ? disini kita tidak boleh menyalahkan rakyat mahupun sesiapa sahaja tetapi kita hendaklah berbalik dan menyoal kepada diri kita sendiri . siapakah pemimpin kita ? dimanakah tanggungjawab beliau ? dan agama apakah yang dianuti ? 

ya . pemimpin kita datuk sri najib . kemana hilangnya tanggungjawab sebagai seorang islam ? isteri tidak bertudung . malahan diri beliau sendiri berpegang tangan bagaikan tiada batasan agama . dan inikah pemimpian yang kita mahu kan ? jangan mempertikaikn kenapa ana berkata begini . ana berkata diatas landasan islam buknnya berkata berlandaskan dasar politik . allah telah bersabda . "mantashabbahaminhum fahuwaminhum" barang siapa yang redha dengan perkara mungkar maka dia pun medapat dosa mungkar yang dibuat oleh sidia . bagi ana sememangnya dato sri najib tidak layak untung menjadi seorng perdana menteri kerana pemerintahan nya tidak diredhai oleh allah . dan sekarang . lihatlah apa yang berlaku pada malaysia ? porak peranda . jangan kita menunggu bala bencana daripada allah baru hendak berfikir pasal ini . 


pucuknya perkara ini berlaku disebabkan pemerintah sesebuah negara tersebut . lihat lah malaysia . bagaimana najib memerintah negara . adakah najib berkelakuan seperti seorang islam dihati ? tidak . hanya di ic sahaja . jika pemimpin yang melaksanakn pemerintahan mengikut cara para2 sahabat pasti perkara ini tidak akan berlaku . .


Sunday, 25 March 2012

berfkir sebelum bertindak

'nasi sudah menjadi bubur'

bergitulah keadaan bagi mereka yang telah melakukan kesilapan akibat daripada keterlepasan menggunakan akal ketika melakukan keputusan . tatkala itulah diri ini akan menyesal tidak berkesudahan . menangis air mata darah sekali pun tidak akan dapat memutar kembali masa .

disini ana hendak menyentuh soal 'nasi sudah menjadi bubur' bagi mereka yang sudah berkahwin dan yang sedang bercinta . bukan hendak melayan perasaan mahupun menjadi seorang 'mat jiwang' tetapi ana hendak menyedarkan rakan-rakan ana yang ana lihat banyak melakukan perkara ini dalam situasi ini dan termasuklah diri ana .

hati tidak dapat dikongsi , perasaan juga tiada yang dapat memahami . istilah 'putus' . pasti menyakitkan ramai perasaan rakan-rakan ana diluar sana . siapa yang tidak sedih akan perkara ini . mengapa perkara ini berlaku ? jangan salahkan pasangan anda tetapi salahkan lah diri rakan sendri . perbuatan rakan-rakan mungkin menjadi penyebab pasangan rakan tidak tahan lagi bersama rakan . mungkin , dan mungkin juga kerana kesilapan diri kita sendri dimana apabila bergaduh dengan mudah kita mengeluarkan istilah 'putus' . sedarlah , penyesalan menjadi seorang 'pembuang' itu amat menyakitkan .

tatkala ini pasangan anda yang dahulunya menjadi tempat rakan-rakan untuk bercerita masalah dan berkongsi cerita sudah hilang , dan ini akan mnimbulkan rasa sunyi yang amat .

jangan bersedih wahai rakan-rakan kerana ini merupakan ujian kepada kita daripada allah , mungkin kita telah leka dibuai bayu-bayu cinta sehingga kita terlupa sebentar terhadap allah . berceritalah masalah kepada allah . mungkin , suatu hari kita akan dipertemukan kembali kepada insan yang pernah kita cintai . jika ada jodoh tidak akan kemana .

sekian,
assalamualaikum

Saturday, 24 March 2012

inteam-nur kasih


Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…



amin ya allah ..

jom pakai serban .

menulis sedikit introduksi atau isi-isi mengenai serban memungkin kaum lelaki khususnya cenderung untuk mengamalkan sunnah pakaian Rasulullah SAW.
SERBAN RASULULLAH SAW
Terdapat banyak hadis menceritakan mengenai serban Rasulullah SAW serta ciri-cirinya. Antaranya:
Daripada ‘Amir bin Huraits r.a, dia berkata:
“Saya pernah melihat Rasulullah SAW di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda SAW julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda SAW.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)
Daripada Jabir r.a dia berkata:
“Pernah Rasulullah SAW masuk ke kota Mekah, sedang Baginda SAW memakai serban hitam.” (Hadis riwayat Muslim r.a, Abu Daud r.a, at-Tirmizi r.a, dan an-Nasaei  r.a.)
Sebenarnya Baginda  Rasulullah SAW tidak menentukan apa-apa warna serban untuk dipakai umatnya. Kerana itu terkadang Baginda SAW memakai serban berwarna hitam, putih (baidha’), kelabu, Zatu Zuabah dan lain-lain warna. Memakai serban dikira sunnah fe’li (perbuatan) Baginda SAW.
TEKNIK MEMAKAI SERBAN IKUT SUNNAH
Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata:
“Rasulullah SAW membulatkan serban di atas kepalanya dan dimasukkannya dari belakang. Kemudian dilepaskan dari hujung di antara kedua belikat Baginda SAW.” ( Diriwayatkan Al-Baihaqi r.a dan at-Tabarani r.a)
Namun begitu, terdapat juga guru yang menurunkan ijazah kepada murid-muridnya. Ia bergantung kepada sanad yang diberikan. Terkadang teknik pemakaiannya sedikit berbeza dari segi teknik, tetapi tetap mempunyai hujung serban yang dilepaskan ke belakang. Berikut merupakan ilustrasi pemakaian serban yang dipraktikkan oleh para ilmuwan Islam di Yaman.
Bercerita soal hujung ekor serban, sebenarnya ia mempunyai kisah disebaliknya. Cerita ini adalah mengikut pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.a.
CERITA DI SEBALIK EKOR SERBAN
Diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang dinukilkan dari pendapat Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.a. bahawa suatu ketika Rasulullah SAW terlambat menunaikan solat subuh sehingga mentari hampir terbit. Lalu Baginda SAW bersegera keluar untuk menunaikan solat subuh.
Seusai bersolat, Baginda SAW bersabda kepada para sahabat r.a dengan maksudnya: “Duduk dulu di tempat masing-masing, adakah kamu mengetahui apa sebabnya aku terlambat pada hari ini?”
“Malam tadi aku bangun bersolat mengikut apa yang dikehendaki Allah SWT,  kemudian aku merasa mengantuk lalu tertidur dan bermimpi melihat Allah Azza Wajalla Yang Maha Mulia dalam keadaan yang amat indah yang tak dapat digambarkan.
Allah berkata kepadaku: “Wahai Muhammad, adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para malaikat diistimewakan?”
Aku menjawab: “Engkau saja yang mengetahuinya wahai Tuhanku (Aku ucapkan tiga kali).”
Lalu Allah SWT meletakkan tangan kuasaNya yakni (rahmat) di antara kedua bahuku sehingga aku merasakan kesejukan di atas dadaku. Ia pun melimpahkan ilmu orang-orang terdahulu dan yang terkemudian kepadaku. Dengan sebab itu aku pun mengetahui apa yang di antara langit dan bumi serta mengenali setiap sesuatu.
Selepas itu Allah SWT bertanya: “Adakah engkau mengetahui dalam perkara apa para Malaikat berbantah-bantah?”
Aku menjawab: “Ya, aku tahu.”
Allah SWT bertanya: “Dalam perkara apa dia?”
Aku menjawab: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) dan dalam perkara yang boleh menambah amalan.”
Allah SWT bertanya: “Dalam perkara yang boleh menghapuskan kesalahan (dosa) apa dia?”
Aku menjawab: “Membasuh anggota wudhuk lebih hadnya di waktu musim sejuk di pagi hari bagi mengerjakan solat Subuh, melangkah kaki untuk menunaikan solat berjemaah dan menanti solat fardhu.”
Allah SWT bertanya: “Apa pula yang boleh menambah amalan.”
Aku menjawab: “Menyedekahkan makanan, saling mengucapkan salam, solat di tengah malam ketika manusia sedang tidur dan sesiapa yang memeliharanya, ia akan hidup dengan baik, mati dengan baik dan keluar dari dosanya sebagaimana halnya pada hari ia dilahirkan ibunya.”
Allah SWT berkata: “Wahai Muhammad SAW, engkau telah Berjaya, maka berdoalah.”
Aku berkata: “Wahai Tuhanku ajarilah aku.”
Allah SWT berkata: “Apabila engkau selesai solat, katakanlah:
Maksudnya: “Ya Allah, aku bermohon kepadaMu untuk melakukan segala kebajikan, untuk meninggalkan segala kemungkaran, untuk mengasihani orang-orang miskin, supaya Engkau mengampuniku, mengasihiku dan memberi taubat kepadaku, Apabila Engkau berkehendak memberi fitnah kepada satu-satu kaum, maka genggamlah aku supaya tidak mendapat fitnah. Aku bermohon kepadaMu cinta kasih untuk menyintaiMu, dan menyintai amal yang boleh menghampirkanku kepada menyintaiMu. Dan jadikanlah aku menyintaiMu lebih dari kesukaan (harapan) kepada air.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada kalangan orang yang mendengar syarahannya di masjid; “Kamu pelajarilah kalimat-kalimat ini dan kamu ajarkanlah, kerana ia adalah suatu kewajipan yang diperintah oleh Allah SWT.”
(Menurut Imam Muhammad bin Said al-Bukhari; martabat hadis ini ialah sahih)
Oleh kerana itulah, Rasulullah SAW meletakkan ekor serbannya di antara kedua bahu sebagai merakam mimpi berkenaan dan untuk dijadikan peringatan terhadap apa yang diterima Baginda SAW ketika bermimpi. Maka Baginda SAW meletakkan ekor serbannya di tempat Allah SWT meletakkan tangan kuasa yakni (rahmat) di bahu belakangnya.
Justeru, amalan sunnah (fadhoilul ‘amal) ini seterusnya diamalkan pula oleh ulama’-ulama’ dahulu kini dan Insha’Allah selama-lamanya.
Selamat beramal, dan jangan lupa juga untuk meneruskan kesinambungan SUNNAH TERBESAR Rasulullah SAW!

tusyen . perlu kah ?

tusyen .. tusyen .. tusyen .. tusyen ..

perlu ke tusyen untuk pelajar ? 

bismillahirahmanirrahim .....

disini ana hendak berkata lebih banyak mengenai tusyen perlukah untuk pelajar . ya memang perlu tetapi tusyen tersebut hendaklah tidak menggangu pelajaran rakan-rakan . pergi tusyen sehingga tiada masa hendak menyiapkan kerja rumah . bila cikgu bertanya mengenai kerja rumah , alasan nya adalah tiada masa . perkara ini sudah dikirakan tidak dibenarkan dalam islam kerana rakan-rakan telah menyinggung perasaan guru rakan-rakan . ikut kemampuan rakan-rakan jika hendak pergi ke tusyen , jangan lah sampai habis semua jadual harian adik-adik terganggu , 

ibu bapa juga hendaklah memberi perlepasan kepada anak-anak jika banyak kerja rumah dan tidak dapat hendak pergi ke tusyen . jika kita lihat pada hari ini tusyen bagaikan sebuah fenomena wajib bagi ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke tusyen . katanya tusyen itu lebih mendapat perhatian . tetapi sedarkah ibu bapa , anak-anak jadikan tusyen itu sebagai tempat berjumpa rakan-rakan dan tempat untuk tidur kerana akibat KELETIHAN belajar di sekolah .

jadi , disini ana hendak berkata pilih lah masa yang sesuai untuk pergi ke tusyen dan ibu bapa hendak lah berfikiran terbuka kepada anak-anak :) . sekian . assalamualaikum ..

bayarlah wahai teman .

bismillahirrahmanirahhim .

perkara yang kita minta sentiasa tidak dapat seperti yang kita hajati . kenapa ? tidak adil kah allah itu ? dimanakah letak nya belas kasihan allah ?

disini ana hendak berkongsi sedikit mengenai ilmu yang ana dapat daripada ustaz ana . mengenai perkara ini . Bayarlah hutang rakan-rakan kepada allah . apakah hutang nya ? ya . hutang amalan kita kepada allah , allah memberi bermacam-macam kenikmatan kepada kita . nikmat pancaindera , nikmat nafsu , nikmat udara . allah hanya meminta kepada kita untuk membayar nya dengan cara ... hanya mentaati dan menurut perintah allah . adakah kita sudah mentaati allah dengan sepenuh hati kita ? hutang kita kepada allah sangat banyak wahai rakan-rakan ana . bayarlah secepat mungkin . bayarlah selagi kita masih ada kesempatan . cara paling mudah adalah senyum lah kepada ibu bapa mu dengan penuh kasih sayang , hutang rakan-rakan akan terbayar secara sedikit demi sedikit .

malunyaaa ana hendak meminta kepada allah . sedangkan hutang lama masih belum berbayar . mahu meminta lagi . dimanakah letak nya muka ini wahai rakan-rakan ... sebab itulah allah kekadang itu tidak menunaikn hajat kita kerana hutang sudah bertimbun-timbun . jadi ... bayarlah hutang itu .

'setitik air mata kerana keinsafan terapuslah seluruh dosa sebelum ini'

bergurau .. bagaimana ?

bismillahhirahmanirahhim....

 asssalamualaikum ,disini ana hendak mengupas sedikit mengenai isu bergurau .cara lelaki ? cara perempuan ?

kenapa perlu pertikaikan cara budak lelaki bergurau ? kenapa ana berkata bergitu ? terdapat desas desus yang ana dpat dengar daripada aduan kawan ana mengenai terdapat sergelintir pelajar wanita (kaum hawa) yang mengomel cara kaum lelaki bergurau . ye . memang tidak dapat dinafikan cara kaum lelaki agak kasar dan keterlaluan bagi kau wanita . TETAPI , ia merupakan perkara biasa 'normal' bagi kaum lelaki . lelaki bergurau dengan cara mengeluarkan kata-kata yang agak kurang enak didengar oleh kaum wanita . contohnya perkataan yang didefinisikan oleh kaum wanita 'mencarut?'

'mencarut' .. bergurau itu wahai kaum wanita . ikutlah situasi sesebuah kaum itu . cara gurau kaum lelaki lain , cara gurau kaum wanita lain . kami bergurau menggunakan 'carut' bukan atas niat kami hendak mengeji kawan kita . tetapi untuk bergurau sesama lelaki . DAN kami sesama mengerti niat kawan kami . tidak manis lah jika dilihat kaum lelaki bergurau dengan cara kaum wanita . kan ? ana bukan hendak menengakkan benang yang basah . tetapi ana cuma hendak mengeluarkan pendapat cara kami bergurau . kami 'mencarut?' atas dasar hendak menghiburkan suasana antara kaum lelaki . kami 'mencarut?' berpada-pada . tidak melebih-lebih .

Friday, 23 March 2012

love ?

siapa tidak pernah putus cinta ? pasti . semuanya pernah merasa putus cinta , sakit ? tipulah kalau tidak sakit perasaan untuk menerima situasi kehilangan yang seorang yang kita sayang .. 
 'IF U HAVE TWO GIRLS TO BE LOVED , THAN CHOOSE THE SECOND , BECAUSE IF U LOVED THE FIRST U NEVER HAVE THE SECOND' 
sayang sungguh kita dekat perempuan/lelaki yang kita gelar sebagai bf/gf  . tapi . kekal kah sayang itu untuk selama-lamanya ? benarkah ayat-ayat yang kita ungkap selama ini . 'iloveu' . 'imissu' . tidak . ungkapan ini sememangnya tidak benar . ungkapan tidak menunjukkan perasaan sebenar seseorang itu . 'words can't describe feelings' . tunjukkan lah dengan perbuatan kita yang kita sayang akan seseorang itu . tunjukkan yang kita ini jujur dalam percintaan . sentiasa ada untuk pasangan kita .